Dalam desikan dedaun hijau
     bisikan sayu sang angin
kayanya bumi selepas hujan;
      Aku jumpai tinggalan setia-ku
Dalam lipur yang liar
     hatiku menggembara, keangkasa
 lalai menanam benih-benihan
     kemudian dewasa, menjadi hutan perasaan
Kini aku kembali lagi
     melihat tinggalan dia yang lain
hati ini terdetik,
     apakah aku dialukan?
No comments:
Post a Comment